Jika anda ingin mencari orang yang paling gagal tetapi paling berjaya, Thomas Alpha Edison adalah orangnya. Beliau adalah contoh insan yang paling kuat semangat di dalam mengejar impian. Beliau mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Jadi tiada alasan bagi anda untuk bangkit dari kegagalan walaupun perlu bangun dan jatuh berkali-kali. Apa yang kebanyakan dari kita tidak sedari adalah maksud positif di sebalik satu kegagalan yang berlaku. Kita sering melihat kegagalan pada sudut yang negatif sehingga terlupa melihat di sudut yang positif. Sebenarnya kegagalan adalah satu proses menuju kejayaan. Berapa kali anda gagal bukanlah satu ukuran, tetapi ukuran yang sebenarnya adalah bagaimana anda bangkit dari setiap kegagalan.
Jangan sekali-kali berputus asa kerana sering mengalami kegagalan sebab masih banyak peluang lain yang boleh kita raih selagi nyawa masih di kandung badan. Jika anda gagal, maka jangan berhenti untuk terus mencuba. Henry Ford pernah berkata, “Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.” Kegagalan itu adalah cara kita belajar, cara kita untuk memperbaiki kesilapan dan mematangkan fikiran. Dan kegagalan itu mungkin juga ujian dari Allah.
Masih ada sejuta peluang lain lagi jika anda gagal. Masih banyak peluang yang boleh kita cari dan cuba. Walau wang kita habis, walau harta kita habis, selama mana aset pikiran dan hati masih ada, maka masih banyak peluang yang boleh kita cuba lagi. Senantiasa ada cara untuk kita bangkit dari kegagalan. Yang penting adalah kita sentiasa ada kemahuan untuk terus berjaya. Ingat! kebanyakan orang yang gagal selamanya adalah orang yang telah berhenti untuk mencuba.
Berhenti mencuba adalah cara yang pasti untuk gagal selamanya. Selama anda terus mencuba, maka peluang untuk berjaya selalu ada. Pintu yang selalu menutup pintu kejayaan adalah hilangnya kemahuan untuk terus mencuba lagi. Tiada siapa yang perlu disalahkan di atas kegagalan Anda. Tidak perlu mencari alasan untuk tidak mahu mencuba lagi. Yang diperlukan ialah anda perlu mahu belajar dan terus belajar dari kegagalan yang lalu. Sebabnya, di luar sana masih ada sejuta kesempatan untuk anda.
Kegagalan demi kegagalan adalah ibarat sekolah kehidupan anda. Semakin banyak anda gagal, bererti semakin banyaklah ilmu Anda. Semakin anda banyak gagal, bererti semakin tinggilah sekolah anda. Kebanyakan orang berjaya di dunia bukan kerana lulus dari pengajian tetapi kerana lulus dari sekolah kehidupan. Jalani sekolah kehidupan sampai anda lulus. Namun jika kita tidak dapat memetik hasil usaha kita di dunia, insya Allah kita akan memetiknya di akhirat kelak. Tidak ada usaha yang sia-sia jika kita benar-benar ikhlas.
0 comments:
Post a Comment