BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

KhAsiAt soLAt sebeNAr....UNtuk kitA semuA

  







rahsIa KhAsiAt solAt:-


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
~Cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress,
~Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda,
~Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik ,
~Bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing , mulus,
~Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS. Contoh:- selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri ,
~sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb......... .. Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

RAHSIA SOLAT

 1-Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2 -B
erdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4 -Al-Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6 -Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur. 
7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 
9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 
10 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11 -Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12 -Salam : Memelihara kita di dalam kubur. 
13 -Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 

Wassalam. "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...



semoooogaa manusia hariiii mula sedarrr....dann berebutt membuat amal ibadat

SwEEt MEmory .....REunion '10....wItH All My bEst frinDs....



ini la detik terindah bersama dengan kawan kawan ku....di samping itu dapat releks kan fikiran masalah ku streess belajar dan banyak lagiii.....ku berharapp agar eratkan perhubungan ku kekal buat selama nyaaa......aminnn....agar tuhan berkati hubungan perkawan kuu dengan kawan kawan ku.....

Tuesday, October 26, 2010

NAsib kuuu....asyik x reaDY + STress Bilo jWB eXAM..

helloooooo....


  hariii niiiii pusing gilo palooooo...asyikkk termenunugg je dalam peksooo..hari ni peksooo sej gan mat susahh gilooo terutama sejarahhh lain yang di baca lain plok yg tubiikkk oooohh streeeesss jeee....pas tuuu bhgian essay plok payah gilooo..x ckap ngafal dohhh..bayak pasal tamadunn yangg tanyaaaaa....pas 2 matematikk plokkk x sempat masa nk jawabb...soalan meme bole jawabb tapi masa x mengizinkan apalahhh nasibb ku.....asyikkk x smpt je buat persediaaannnn...

  walaubgaimnapuunn kita knal usaha demi buktii untkk cemerlangg...nmpkk nya aku knal byk lgii ulangkaji..lagii utuk subject seterusnya...tapi stiasa be tryyy the bestt..isyallah aku berjanji akan bersedia sokmo...untuk demi kejayaaaaann kuu...ohh hapyyy nyaa esk x examm kerana gliran subject lain  plok walaubgaimna pun cakkkk yokkk kawan buat yg terbaik pekso akhir tahun ting 4....

     ok la kawan kawan kuuuu sebelum ku mengundur diriii....baca jgn x baca biloo pekso mai gak cemasss stresss la tu laaaaa....okkkk semoga berjaya blako pljr form 4 smkk...jdi kn pekso akhir tahun sbgaiii permulaann untuk spm kita semuaaa....mudah mudahan allahh sntiasa mebuka pintu kita yg nk berjaya ...
ok lahhhhh lain kali plokk catatan ku seterusnyooo.....bye askummmm...be the best friends alll....

Friday, October 22, 2010

BBQ DEnGAn kAwaN kAWaxn kAt PNtAii ......... RnCAngAn PLIng HaPPyy ....

               



hye semuuaaaaa....soryy lma x bercatatann sibuk dengan examm ckitttt......tapii hari mingguuu hari jumattt ai nii 
pada tarikh 23 october 2010 .....happpyy sangattt merasa suasana berkelah di tepii bersama kawan kuuu...chika,groh,aya,nieysa,menii,kak pijah,,adan akuu...ooohh letih pun ade tapi x po yang penting enjoyy puas puas ...

tapiiii kami semua mula membakar ayam agak lama cikit sbab bara api x nkk hiduupp...tuiuuu bikin maraann nyaaa...tpi by the wayy kami tetap sabarrrr walau pun nk merasa suasan berkelah d tepi pantaiiiiiiii.....

yang pentingggg....dapat kurangkan streeesss...masalah..dan byk lgiii......harap harap ade lagii acara BBQ niii....

    terima kasih diucapkan pada semua kawan kuu yng bertukus lumussss membakar ayam dgann........



                                              
                                          ni je laaaaaaa buktii kegembiraaaaa aku dan kawan kuu ....



 





      






BBQ DEnGAn kAwaN kAWaxn kAt PNtAii ......... RnCAngAn PLIng HaPPyy ....

RanCAngaN suKe Suk jew....



BBQ sambil bergambar di pantai yng indahhhh yuna,chika,giroh, dan ayuuu


amni,groh dan nazrinnn

lama juga tgguu ayam ni masakkk nk makeeeeee...tapi sedappp..
           
        
                   
     
                                   

Friday, October 15, 2010

alAmAk Aku X RaeDy eXAM AKhiR tAhuN Dah DtG.....

masalah...masalah...masalhhh....baca...baca....ulangkajii.....jiwa stresss




mimggu depan dah nk exam .aku x ready agiiii...prepare pun blum lgii mcm mna niiii....skarang masa bkan nk main main dgan kawan kawann..focus je kepada studyy itu yang penting kata teacher chongg...aku pun banyak lagi subject yang aku kurannngg seperti matematikk..sains..sejarah..ict..bahasa melayuu..alamakk ...!!walaubagaimnapunn kita mesti yakin bhawa aku boleh lakukannn ...demi mebukti yang aku boleh buat kepada ibubapaku,guru...dan familyku.....ok la harap harap bole...


usaha

confident 

cikt tau 



iNI TeNTang perINgATAN kitA AkAn kita " SiApAKaH diA??"


kita fikir fikir kan nya???

1. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2. Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

6. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

9. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


BiLA masALAh DatAnG Ku DaTaNg = sTrEES+SEDih+biMBang=???

Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan? Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan. Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri. Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia. Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri. Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang. Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

kATa_KaTA InSpiRasI KejayAAN YaNg ku TAnAM......


Jika anda ingin mencari orang yang paling gagal tetapi paling berjaya, Thomas Alpha Edison adalah orangnya. Beliau adalah contoh insan yang paling kuat semangat di dalam mengejar impian. Beliau mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Jadi tiada alasan bagi anda untuk bangkit dari kegagalan walaupun perlu bangun dan jatuh berkali-kali. Apa yang kebanyakan dari kita tidak sedari adalah maksud positif di sebalik satu kegagalan yang berlaku. Kita sering melihat kegagalan pada sudut yang negatif sehingga terlupa melihat di sudut yang positif. Sebenarnya kegagalan adalah satu proses menuju kejayaan. Berapa kali anda gagal bukanlah satu ukuran, tetapi ukuran yang sebenarnya adalah bagaimana anda bangkit dari setiap kegagalan.
Jangan sekali-kali berputus asa kerana sering mengalami kegagalan sebab masih banyak peluang lain yang boleh kita raih selagi nyawa masih di kandung badan. Jika anda gagal, maka jangan berhenti untuk terus mencuba. Henry Ford pernah berkata, “Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang lebih baik.” Kegagalan itu adalah cara kita belajar, cara kita untuk memperbaiki kesilapan dan mematangkan fikiran. Dan kegagalan itu mungkin juga ujian dari Allah.
Masih ada sejuta peluang lain lagi jika anda gagal. Masih banyak peluang yang boleh kita cari dan cuba. Walau wang kita habis, walau harta kita habis, selama mana aset pikiran dan hati masih ada, maka masih banyak peluang yang boleh kita cuba lagi. Senantiasa ada cara untuk kita bangkit dari kegagalan. Yang penting adalah kita sentiasa ada kemahuan untuk terus berjaya. Ingat! kebanyakan orang yang gagal selamanya adalah orang yang telah berhenti untuk mencuba.
Berhenti mencuba adalah cara yang pasti untuk gagal selamanya. Selama anda terus mencuba, maka peluang untuk berjaya selalu ada. Pintu yang selalu menutup pintu kejayaan adalah hilangnya kemahuan untuk terus mencuba lagi. Tiada siapa yang perlu disalahkan di atas kegagalan Anda. Tidak perlu mencari alasan untuk tidak mahu mencuba lagi. Yang diperlukan ialah anda perlu mahu belajar dan terus belajar dari kegagalan yang lalu. Sebabnya, di luar sana masih ada sejuta kesempatan untuk anda.
Kegagalan demi kegagalan adalah ibarat sekolah kehidupan anda. Semakin banyak anda gagal, bererti semakin banyaklah ilmu Anda. Semakin anda banyak gagal, bererti semakin tinggilah sekolah anda. Kebanyakan orang berjaya di dunia bukan kerana lulus dari pengajian tetapi kerana lulus dari sekolah kehidupan. Jalani sekolah kehidupan sampai anda lulus. Namun jika kita tidak dapat memetik hasil usaha kita di dunia, insya Allah kita akan memetiknya di akhirat kelak. Tidak ada usaha yang sia-sia jika kita benar-benar ikhlas.

PetUA bELAjar BeRKeSaN



SaLAm bErJAYA DrIpDA Ku hARAP SUmO Ore StArt beljAr baCa LA AYAt ni ......MoGa MoGa                  DIBerkati oLeh Allah   aMin...............



tu dri jE lA PEtua KEjYaan Yg Dpt SaYa bGi .....

mY nEpheW cutee



ooooohhhh my anak saudara kuu yg comel dan cuteee..yg bernama danial aniqi bt shamsu hanizul.seorang yg cerdik dan pintarrr...yg suka kepada kecantikannn dan menjadi teman hidup inspirasi hidup kuuu...dan dia pulang ke kmpg sering bermain dgan mak saudara nyooo...dia berumur 4 tahun dan sekarang pandai bercakap .....semoga anak sihat walafiat amin...i misss uuu dania
 
i miss u dania

i miss u dania

Thursday, October 14, 2010

Menjadi Muslim Sejati Memerlukan Usaha Dan Tekad Yang Tinggi

Assalamualaikum

pernahkah kita terfikir
atau difikirkan kita
atau terfikir oleh kita

bahawa untuk mengaku diri ini Islam senang sahaja
terdapat dua cara mudah biasanya diamalkan manusia 

cara paling mudah adalah dengan menyebut "Aku Islam"
atau sekarang ini di identity card beliau ada perkataan Islam

mudah
memang mudah
sehinggakan umat Islam kini amat ramai di atas muka bumi
tetapi kenapa keramaian itu seakan tidak memberi hasil?
ini kerana
kita perlu faham dan ingat
mengaku Islam itu mudah
tetapi menjadi muslim itu memerlukan pengorbanan

muslim itu bermaksud seorang yang mengaku agamanya adalah Islam 
serta mengamalkan ajaran Islam tanpa sebarang kompromi

ya
ianya memerlukan pengorbanan nafsu
tetapi kita sering berfikir
kenapakah sangat susah berkorban?

saya pernah menonton video ceramah agama 
di mana penceramah menyebut
kita hidup di dunia ini 
kita bekerja
apabila bekerja
kita dapat gaji
dan kita ikut perintah orang yang bagi gaji

samalah juga dengan konsep kita dengan Allah
kita ini
hamba-Nya
kita diciptakan Allah 
dan kita ini bekerja (beribadat) untuk-Nya

gaji yang bakal kita dapat adalah semasa hari kemudian nanti
hari akhirat kelak
samada syurga atau neraka
baik buruk bergantung pada sekarang 
apa yang kita lakukan

jadi
menyentuh soal bekerja untuk Allah ini
apabila disebut kita ini hamba Allah
kita wajib mengikut perintah Allah
kita wajib meninggalkan larangan-Nya
kita tidak boleh hidup berpaksikan nafsu sahaja

kita jika hendak syurga kenalah berusaha beribadat
jika hendak neraka sebagai balasan kelak
orang putih kata 
keep your sins rollinglah bebeh
simple bukan?

faham setakat ini?
mari sambung lagi

berbalik kepada topik 
kita tahu untuk menjadi muslim itu 
kita perlu mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
tetapi kenapa ramai yang masih tidak buat?

mungkin kadangkala kita terlupa rukun Islam
yang pertamanya mengucap dua kalimah syahadah
ini bermaksud kita naik saksi bahawa 
tiada tuhan yang patut kita sembah melainkan Allah Taala
dan 
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

jadi
sebelum melakukan suatu dosa itu
baik kita sematkan di dalam kepala kita
"Allah sedang melihat kita"
lawan nafsu kejahatan itu
insya-Allah boleh

dan 
kita mengaku hanya Allah sahajalah Tuhan yang patut disembah
jadi kita kenalah hentikan unsur-unsur tahyul dalam hidup ini
hentikan kepercayaan-kepercayaan karut yang tiada asas
hentikan penyembahan (pemujaan) berhala
berhala itu boleh jadi macam jenis
jika diteliti 
pemujaan bintang pop masa kini oleh remaja juga
boleh membawa kepada unsur pemujaan jika terlalu taksub 

dan
sebagai umat yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW
bacalah hadis dan sunnah Baginda
tinggalkan perangai yang tidak elok
kerana Nabi Muhammad itu berperibadi mulia

ingat
sabar itu penting dalam perubahan

dan rukun Islam yang kedua 
solat lima waktu
sudah tahu begitu
kenapa masih ramai yang meninggalkan solat?
cuba anda fikirkan
jika anda tidak solat
adakah anda lengkap sebagai muslim?
jawapannya anda boleh fikir sendiri

jika masih tidak nampak
mari saya berkongsi jawapan yang saya fikir
jawapan saya adalah tidak

adakah anda tidak malu memakai baju raya 
dengan penuh mewah pada hari raya
tetapi anda tidak bersembahyang fardhu di hari lain?

ini sedikit nasihat untuk saya juga
cuba anda bayangkan
anda bersolat itu bermakna anda menghadap Allah SWT
menjalankan perintah-Nya
bersujud kepada-Nya meminta pertolongan 

tetapi
jika seumur hidup anda ini
anda tidak pernah menghadapkan muka anda kepada-Nya sekalipun
bagaimanakah anda fikir mungkin bagi Allah 
untuk mengampunkan dosa kita dan membantu kita?
anda fikirkanlah
masih belum terlewat untuk bertaubat
Allah itu Maha Pengampun

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  [2:222] [LINK]

dan yang ketiganya adalah berpuasa di bulan Ramadhan
saya musykil apabila perbuatan tidak berpuasa itu pada masa kini
boleh dijadikan jenaka setiap kali datangnya Ramadhan
dan yang paling menyedihkan
lawak ini dipaparkan pula di dalam akhbar
seolah-olah tidak bersalah jika melakukan perbuatan itu
tidakkah mereka tahu akhbar itu mampu membentuk pemikiran orang ramai?
jika orang yang kurang ilmu dan lemah imannya
pasti terpengaruh
tetapi itu bukan isu sebenarnya

isu yang sebenarnya
kenapa kita masih tidak mahu berpuasa jika mengaku Islam?
malulah 
brother

budak kecil umur 7 tahun pun dah berpuasa penuh

kemudian
membayar zakat

sebenarnya paling bagus waktu untuk kita menderma/memberi sesuatu
adalah ketika kita amat memerlukan sesuatu itu

jadi di sini
moral yang kita boleh ambil
umat Islam tidak boleh menjadi kedekut dan selfish
kita hendaklah saling membantu di antara satu sama lain

tetapi perlu diingatkan juga kepada golongan yang hanya suka dibantu
untuk dibantu oleh orang lain
kita hendaklah sentiasa membantu orang lain juga
kita jangan bersifat jengkel dan selfish melampau 
dalam komunikasi sesama manusia

kemudian menunaikan haji
kenapa kita jika ada wang
dalam kepala kita
hanya ada perkara-perkara remeh sahaja
shopping,beli kereta,tambah rumah,beli tv plasma dll,
yang pada hakikatnya perkara-perkara di atas hanyalah pembaziran

kenapa tidak kita melatih diri jika ada wang
kita menyimpan untuk pergi ke haji?
kenapa kita latih minda semasa tua baru hendak pergi ke haji
semasa muda jalanlah europe dulu

anda fikirkanlah
saya juga sebenarnya sama-sama menasihati diri ini

jadi
kesimpulannya
marilah meneliti kesalahan dalam hidup kita ini
segala dosa kita 
baik yang kecil atau yang besar
dan sama-samalah kita bertaubat

sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri walaupun bersifat maksum
bertaubat kepada Allah setiap hari
bagaimanakah kita yang banyak dosa ini? [link]

jadi
mari merubah diri kita dan mulakan dengan ibadah asas
lengkapkan asas ini dengan baik dan sempurna
kerana asas akan membawa kepada selanjutnya

Insya-Allah

Assalamualaikum


semoga kita semua mendapat kebaikan dan hidayah Allah SWT.Amin

p/s:betulkan saya jika saya melakukan kesilapan dan kesalahan dalam artikel ini.sesungguhnya saya seorang manusia biasa.